Friday, January 11, 2013

TATACARA PAKAIAN KUMPULAN PELAKSANA

GURU DAN KAKITANGAN LELAKI

  • Berpakaian baju kerja dan bertali leher. 
  • Baju kebangsaan / baju melayu bersamping digalakan pada hari Jumaat. 
  •  Songkok hitam sahaja dibenarkan bagi yang berhajat hendak memakainya. 
  •  Pakaian jubah dan gamis kurang sesuai. 
  •  Pendidikan Jasmani / Kemahiran Hidup – kesesuaian pakaian mengikut masa berkenaan. 
  •  Memakai tanda nama.

GURU DAN KAKITANGAN PEREMPUAN

  •  Pakaian yang sesuai yang tidak menjolok mata. 
  •  Pakaian yang tidak dibenarkan – skirt dan purdah. 
  •  Guru Islam – menutup aurat. 
  •  Pendidikan Jasmani / Kemahiran Hidup – kesesuaian pakaian mengikut masa berkenaan. 
  •  Memakai tanda nama.
PELAKSANA
  • Pakaian seragam yang ditetapkan. 
  •  Sesuai dengan jenis tugas.
MURID LELAKI
  • Berseluar panjang biru tua dan berbaju kemeja putih, kasut dan stoking putih. 
  •  Pengawas – kemeja lengan panjang hijau muda, bertali leher dan berkasut hitam. 
  •  Memakai lencana sekolah dan tanda nama. 
  •  Murid Pra Sekolah seperti yang telah ditetapkan.
MURID PEREMPUAN
  • Berbaju kurung putih, berkain biru tua, kasut dan stoking putih. Mini telekung putih 
  • Pengawas – berbaju kurung, mini telekung hijau muda, kain hijau tua dan kasut hitam. 
  •  Murid Pra Sekolah seperti yang ditetapkan.