Monday, September 3, 2012

LAGU SEKOLAH

Ayer baloi sekolahku
Tempat menuntut ilmu
Agar menjadi rakyat berguna
Harapan ayah dan bonda

Sekolahku yang tercinta
Tempat mengejar cita
Ajaran guru semat di dada
Pada tuhan doa di pinta

Pengetahuan suluh kemajuan
Slogan Sekolah kami
Semoga maju dan jaya
Pada tuhan kami berserah

Sekolahku yang tercinta
Tempat mengejar cita
Ajaran guru semat di dada
Pada tuhan doa di pinta

PIAGAM PELANGGAN

  • Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi keperluan individu, masyarakat dan negara serta matlamat perpaduan negara.
  • Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisiplin,  bertanggungjawab dan produktif.
  • Memastikan semua kanak-kanak dan pelajar mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan bermula.
  • Menentukan setiap guru dan kakitangan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
  • Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan murid, masyarakat dan negara.
  • Menentukan segala surat kepada sekolah diberi jawapan dengan segera.
  • Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap, tepat dan cepat kepada yang berkenaan.
  • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan yang membina dari semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.