Memastikan
sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi keperluan
individu, masyarakat dan negara serta matlamat perpaduan negara.
Menyediakan
staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisiplin,
bertanggungjawab dan produktif.
Memastikan
semua kanak-kanak dan pelajar mendapat tempat belajar pada hari pertama
persekolahan bermula.
Menentukan
setiap guru dan kakitangan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang
masa.
Memastikan
kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan murid,
masyarakat dan negara.
Menentukan
segala surat kepada sekolah diberi jawapan dengan segera.
Bersedia
memberi penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap, tepat dan cepat kepada
yang berkenaan.
Sentiasa
bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan yang membina dari
semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.