Thursday, July 19, 2012

MENGENAI KAMI

Pemandangan Sekolah

 

Matlamat Sekolah

Melahirkan murid-murid yang berilmu, berdisplin dan berakhlak mulia .

Objektif Sekolah 

  • Melaksanakan 100% Pengajaran & Pembelajaran berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlakuperkara-  parkara yang di luar kawalan sekolah. 
  • Memastikan pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) atau Gred Purata Sekolah (GPS) bagi peperiksaan awam / peperiksaan pertengahan tahun / peperiksaan akhir tahun meningkat 0.01 atau mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) minimum  2.0  dalam UPSR. 
  • Memastikan 100 % murid  mendapat Perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya  melainkan berlaku perkara-perkara yang di luar kawalan sekolah.
  • 100 % aduan dan maklum balas pelanggan akan dilayan sebagaimana yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti Aduan dan Maklum Balas Pelanggan.
  • Melaksanakan Pengurusan Kewangan Tanpa Teguran Audit. 

 Piagam Pelanggan 

  • Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi keperluan individu, masyarakat dan negara serta matlamat perpaduan negara.
  • Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisiplin,  bertanggungjawab dan produktif.
  • Memastikan semua kanak-kanak dan pelajar mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan bermula.
  • Menentukan setiap guru dan kakitangan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
  • Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan murid, masyarakat dan negara.
  • Menentukan segala surat kepada sekolah diberi jawapan dengan segera.
  • Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap, tepat dan cepat kepada yang berkenaan.
  • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan yang membina dari semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

Visi & Misi

 

Lencana Sekolah 

 
Lagu Sekolah 

Ayer baloi sekolahku
Tempat menuntut ilmu
Agar menjadi rakyat berguna
Harapan ayah dan bonda

Sekolahku yang tercinta
Tempat mengejar cita
Ajaran guru semat di dada
Pada tuhan doa di pinta

Pengetahuan suluh kemajuan
Slogan Sekolah kami
Semoga maju dan jaya
Pada tuhan kami berserah

Sekolahku yang tercinta
Tempat mengejar cita
Ajaran guru semat di dada
Pada tuhan doa di pinta

Kedudukan Sekolah

Pelan Sekolah

Aliran Trafik Ketika Hujan